WE ARE TOGETHER

Daisypath Anniversary tickers

Faithful Followers

Saturday, December 31, 2011

Helaian yang Baru

Assalamua'laikum warahmatullahiwabarakatuh...

Kurang daripada 24 jam, masa akan berubah ke tahun yang baru. Tahun 2012 bakal memberikan lebih banyak kenangan dan kejayaan yang kita sendiri tidak tahu apakah ia. Hanya Allah yang maha mengetahui. Manakala tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya yang penuh dengan suka mahupun duka, kenangan yang mampu melakarkan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan sebagai pengajaran dalam hidup kita untuk melangkah dengan lebih maju dan berdaya saing untuk mengecap kebahagiaan.

2011 pastinya berlalu pergi bersama deruan ombak yang menghempas pantai.
2012 bakal mengorak langkah yang lebih maju ke hadapan..


Setiap kali tibanya tahun baru pasti semua orang sibuk memasang azam yang baru. Pastinya azam untuk menggapai kejayaan yang boleh menggembirakan dan membanggakan semua yang terdekat dengan kita. Tapi tidak aku. Azam aku bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan cukup sekadar aku ja yang tau, langkah yang bermula pastinya akan berakhir dengan kejayaan. Mana mungkin segala usaha dipadamkan hanya kerana kesilapan lampau. Kejayaan pasti menjadi milik aku. Insyaallah.

Di tahun 2012, maka menginjaklah umur aku ke satu tahap lagi. Di angka yang semakin besar. Semakin bertambah. Ya, tahun 2012 umur aku ialah 20 tahun. Bukanlah satu angka yang sedikit tp cukup untuk merisaukan. Merisaukan?? Yup, sudah semestinya. Lebih banyak tanggungjawab yang harus dipikul dan digalas untuk merealisasikan impian aku dan semua orang. Umur yang sedang menginjak ini pastinya lebih mematangkan aku. Sudah pasti kenangan hidup aku dimuka bumi Allah ini akan aku sematkan di dalam diri sebagai pengajaran untuk aku melangkah dengan yakin. Bohonglah jika aku katakan aku langsung tidak menyesali apa yang telah aku sia-siakan. Namun itu bukan bermakna aku akan terus menyesali dan meratapi apa yang telah disesali. Semuanya bakal berubah. Berubah menjadi lebih baik. Insyaallah.

Kekuatan yang ada di dalam diri ini tak mungkin akan aku persiakan. Ejekan dan tohmahan orang disekeliling akan aku pegang sebagai bara api yang sedang membakar semangat aku untuk terus berjaya. Insyaallah. Di lembaran baru ini juga, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap yang pernah aku lakukan secara disengajakan mahupun tidak disengajakan. Aku maafkan segala salah dan silap semua orang. Mana mampu aku menyimpan dendam pada semua yang bersalah itu dengan terlalu lama. Semoga kalian mengecapi kejayaan yang diinginkan. Aminnn.


pdans : Menulis dengan penuh penghayatan. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...