WE ARE TOGETHER

Daisypath Anniversary tickers

Faithful Followers

Friday, September 2, 2011

Aidilfitri

Assalamualaikum wbt semua. masih belum terlambatkan nak ucapkan ucapan hari raya? so i want to wish Salam Aidilfitri maf andai ada salah dan silap yang dilakukan sama ada secara tak disengajakan... Moga kita masih mempunyai waktu utk menjalani Ramadhan pada tahun yang mendatang...

MALAM RAYA :
-Malam raya ataupun hari terakhir Ramadhan. aku berbuka posa kat umah maktok, buka posa bersama maktok dan wan. Alhamdulillah aku berjaya menunaikan janji aku dgn maktok nk berbuka puasa bersama walaupun sekali di bulan Ramadhan pada kali ini. almaklumlah baru balik, sepanjang Ramdhan tak balik langsung, balik pun dh penghujung Ramadhan... terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada hambaMu ini untuk berbuka puasa bersama keluarga yang amat disayangi dan dicintai...

-Hari terakhir Ramadhan kali ni aku dah jalankan tanggungjawab aku sbg cucu, membantu grandparents mengemas rumah mereka. tp sebenarnya, setiap kali raya sama ada raya aidilfitri mahupun aidiladha, aku dah dikira wajib membantu mereka. lepas mengemas apa yang patut aku sama2 solat isyak berjemaah dengan maktok dgn wan. di imamkan wan. usai solat berjemaah kami sama2 bertakbir raya. Subhanallah, menitik air mata aku melambai pemergian Ramadhan. sayu je hati. bertambah rindu dekat arwah tok yang baru saja kembali ke rahmatullah.


pdans : alfatihah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...