WE ARE TOGETHER

Daisypath Anniversary tickers

Faithful Followers

Friday, September 30, 2011

THIS MINE !

assalamualaikum.
this blog is totally mine. so its up to me whatever i wanna post here.
if you're hate to read my blog why you STILL want to read?
aku buat blog ni bukan utk hadap nak bagi org baca.
hello. aku tak cari publisiti dengan menulis.
aku menulis bukan kerana nama.

kalau setakat nak jadi anonymous nak kutuk aku 
walaupun aku sedang menekankan unsur agama Islam tu kira CETEK AKAL LA NAMANYA...
ALLAH MELARANG UMAT ISLAM MENJALINKAN HUBUNGAN HARAM, HUBUNGAN YANG TANPA IKATAN YANG SAH.
hang dah kenapa nak label aku BETINA GEDIK sbb statement tu wahai anonymous.
orang KAFIR mcm hang ja yang nak cakap membuta tuli.
aku TAK PERNAH BONGGOK  dalam pertahankan agama islam.
kisah pulak aku hang nak komen mcm2. 
sikit pun tak jejas lah. tak sangka ada lagi manusia cetek akal mcm tu. 

ISLAM AGAMAKU
ALQURAN KITABKU
KAABAH KIBLATKU
ALLAH TUHANKU
NABI MUHAMMAD RASULKU
hang ada masalah dengan semua ni? subhanallah.
kalau hang ISLAM bertaubatlah. istigfarlah sebanyak mungkin.
jgn kerana dendam dihati, tak puas hati sesama manusia habis agama hang nak persendakan.
ALLAH itu maha adil. DIA balas bila bila saja.
Sedarlah sebelum terlambat.



PDANS : MOGA ALLAH BUKANKAN PINTU HATI KAMU WAHAI ANONYMOUS. AMEEN !


Wednesday, September 28, 2011

HAWA

Jadilah HAWA yg tinggi dgn didikan agama, merendah diri dgn akhlak terpuji dan baik hati.
Jadilah HAWA yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat Adam.
Jadilah HAWA yg sentiasa dahaga akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi HAWA yg solehah untuk seorang Adam yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang HAWA yg mampu menjadi anak, ibu dan isteri yg solehah serta hamba ALLAH yg beriman dan bertaqwa seperti idaman Adam.




pdans : peringatan untuk semua yang bergelar kaun HAWA dan diri sendiri juga sebenarnya. Subhanallah. :")

Tuesday, September 27, 2011

Rahsia Surah Al-Kauthsar







Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Monday, September 26, 2011

Saturday, September 24, 2011

Kidz Cabin.

assalamualaikum. 
hari ni aku, tehah, una, tasnim and anis jadi volunteer for Kidz Cabin..
Kidz Cabin ni sebuah sekolah tadika untuk kanak-kanak yang berumur diantara 4 tahun hingga 6 tahun..
hari ni Kidz Cabin tu buat Open Day utk parents view sekolah tu, dan bagi yang berminat akan terus mendaftar anak mereka ke sekolah tu.
antara aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak yang berkunjung tu ialah 
sand art, mewarna, playdough and lots more :)


kat bawah ni semuanya antara gambar yang berjaya ditangkap..
gambar tehah je takdak sbb dia jaga bhgian pndaftaran
dengan aku sebenarnya, tp disebabkan bosan je yg aku menyibuk dgn budak budak yang ada kat situ :)


Una dengan pakwe baru dia, Qayyim :) baju pun dah sama warna tu :)







ni pulak Tasnim dengan pakwe baru dia jugak. nama budak ni sebenarnya Hussin, tp entah mcm mana Una and Tasnim pi panggil dia Hakimi, no wonder la budak ni tak pernah nak menyahut bila depa dua panggil.
bila budak ni dah nak balik baru la tau nama sebenar dia, and Hakimi tu nama ayah dia rupanya. haha.






ni kakak Hussin, nama dia Naeimah :)




ni pulak Anis dengan Sara. Actually, ramai dah budak2 yang Anis ni layan, tp aku tak sempat nk snap semua sbb aku jaga pendaftaran.  ni pun dah hujung hujung event dah ni :)

Thursday, September 22, 2011

Pengorbanan Seorang Ibu




Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia. Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

Wednesday, September 14, 2011

Kerinduan dan Kemaafan Menjengah

rindu family sangat sangat. terima kasih untuk semua nasihat mama utk kck. insyaAllah kck ikuti.

Dikesempatan yang ada ni, aku ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan seperjuangan di dalam bidang Tesl ni andai ada salah dan silap yang telah aku lakukan tanpa disedari mahupun disedari. disengajakan mahupun tanpa disengajakan. terutama sekali untuk Teslian Section One Semester One 2010, Teslian Section Four Semester Two 2011, and Teslian Section Three Semester Three 2011. dan tak lupa jugak semua Teslian Semester Three 2011. kadang-kadang ada terlepas cakap ataupun tertinggi suara, ada ayat yang menyakiti . mohon di maafkan segala keterlanjuran. insyaAllah aku akan cuba untuk membaiki mana yang kurang dan memperbaiki untuk menjadi lebih baik. insyaAllah. 

Tabah yang kita mahu.
Moga ini yang terbaik. InsyaAllah.

Kuatkan Semangatmu

Setiap hamba Allah dimuka bumi ni diciptakan berpasang-pasangan. setiap adam diciptakan ada hawanya. jodoh pertemuan ni kan di tangan Allah. Bukan tugas kita sebagai hambanya untuk mencari jodoh. Biarlah jodoh itu datang dengan sendirinya, sama ada lambat atau cepat itu adalah diluar bidang tugas kita. Janganlah kita menangis menangisi sesuatu yang telah pergi, biarlah ia berlalu pergi kerana allah itu maha adil. Dia pasti akan datangkan kita dengan sesuatu yang lebih baik mahupun lebih bagus untuk hidup kita. 

dear friend, i know that u're struggling for your heart. but it doesn't mean that u can easily ruin your life. you still have your family and your friends that always be by your side. please focus on your study and our final exam just around the corner. so please please please, i'm begging you to focus in what ever you have do right now. lets bygones be bygones. i know that its hurt you damn much. i kind of blur to advice you anymore. we have Allah. you must remember Allah in entire of your life and don't forget to ask from Allah not in a hard time only.


"Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga. "


pdans : lain orang lain pendapatnya. kaitkanlah dengan apa yang telah Allah turunkan di dalam Al Quran. insyAllah kita akan menemui jalan yang hakiki. jangan pernah berhenti berdoa kepada Yang Esa. ALLAHUAKBAR !

Sunday, September 11, 2011

im new on twitter :)

Peringatan Buat Diri Sendiri

 "kalau bercinta tujuh-lapan tahun, esok nak menikah pun, kalau takdak jodoh..... tak menikah jugak. jodoh tu dah tertulis di loh mahfuz, kalau bukan dekat dunia ni dekat syurga nanti. setiap anak adam tu dilahirkan berpasang-pasangan, ada adam adalah hawanya... "

 pdans : cukuplah kita menjadi kawan yang akrab, dan bukan untuk menjalinkan hubungan yang sememangnya diharamkan oleh agama kita. we're best friend forever. insyaAllah. ameen.

Friday, September 2, 2011

I Love Blogger World !

Dunia blogger telah tersemat dalam diri dan amat sangat begitu sejati di dalam diri ini.. 
bila dah malas nak menulis jadi tak nak tulis langsung...
TAPI bila dah start menulis, every second rasa nak post entry baru,..
hehe, harap maaf yer...
insyaallah lepas ni sy buat lagi yg sama waktu dengannya yer :)



pdans : terima kasih kepada sesiapa saja yg sudi membaca walaupun tuan empunya blog ni tak suka publish sgt, that's why selalu je nak private blog ni. hehe :)

Cuti dah nak habesssss :(

raya kali ni aku rasa paling best kottt... mana tidak nya, habis semua sedara mara aku ziarahi, dengan makanan yang melimpah ruah.. alhamdulillah, bersyukur sangat ke hadrat Ilahi... actually aku tengah menghitung hari nak balik KL. sumpah tak mau balik, rasa nak stay je. tp dah cuti pun seminggu je, mcm mana nak stay pun. haha.. so terpaksa la balik Kl ahad ni sbb isnin dah start class.. mcm tak cukup je cuti seminggu yg dapat ni. huhu.. 

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ANDAI ADA TERGURIS HATI DAN PERASAAN SECARA TAK DISEDARI MAHUPUN DISEDARI.... AMPUN DAN MAAF DIPINTA....



pdans : mr. assignmentS setia menanti, finale project pun tak fikir lagi, book review lagi la tak sentuh... MACAM nak pi buat lah. bye. assalamualaikum...

Aidilfitri

Assalamualaikum wbt semua. masih belum terlambatkan nak ucapkan ucapan hari raya? so i want to wish Salam Aidilfitri maf andai ada salah dan silap yang dilakukan sama ada secara tak disengajakan... Moga kita masih mempunyai waktu utk menjalani Ramadhan pada tahun yang mendatang...

MALAM RAYA :
-Malam raya ataupun hari terakhir Ramadhan. aku berbuka posa kat umah maktok, buka posa bersama maktok dan wan. Alhamdulillah aku berjaya menunaikan janji aku dgn maktok nk berbuka puasa bersama walaupun sekali di bulan Ramadhan pada kali ini. almaklumlah baru balik, sepanjang Ramdhan tak balik langsung, balik pun dh penghujung Ramadhan... terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada hambaMu ini untuk berbuka puasa bersama keluarga yang amat disayangi dan dicintai...

-Hari terakhir Ramadhan kali ni aku dah jalankan tanggungjawab aku sbg cucu, membantu grandparents mengemas rumah mereka. tp sebenarnya, setiap kali raya sama ada raya aidilfitri mahupun aidiladha, aku dah dikira wajib membantu mereka. lepas mengemas apa yang patut aku sama2 solat isyak berjemaah dengan maktok dgn wan. di imamkan wan. usai solat berjemaah kami sama2 bertakbir raya. Subhanallah, menitik air mata aku melambai pemergian Ramadhan. sayu je hati. bertambah rindu dekat arwah tok yang baru saja kembali ke rahmatullah.


pdans : alfatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...