WE ARE TOGETHER

Daisypath Anniversary tickers

Faithful Followers

Friday, August 26, 2011

al fatihah

22ogos yang lalu, aku mendapat satu msg di facebook.
berita yang menggemparkan
guru aku masa sekolah rendah dulu telah pergi menghadap ilahi..
innalillahiwainnalillahirajiun...
allahyarhamah puan norma meninggal pada 21 ogos bersamaan 21 ramadhan..
sangat mengejutkan sbb kami agak rapat.
sangkaan aku arwah meninggal sebab sakit tp aku baru tahu hari ni arwah meninggal sbb kemalangan jalan raya...
arwah digillis lori tanah sbb kecuaian seorang pemandu yg memberhentikan kereta ditepi jalan dan membuka pintu kereta tanpa menoleh terlebih dahulu. 
pemandu tu pulak melarikan diri...
subhanallah manusia zaman sekarang..
sedikit pun tidak berasa bersalah dgn kesalahan itu, ini kan pula mahu bertanggungjawab...

terkenang aku masa arwah masih menjadi jiran aku di taman perumahan ni,
aku selalu pi rumah arwah...
arwah memang seorang yg cekal dan tabah dalam menghadapi segala dugaan yg Allah turunkan kepada beliau... arwah merupakan seorang ibu tunggal yg kematian suami pada tahun 2002..

" MAMA "
panggilan aku utk arwah...
aku selalu tlg arwah goreng kerepek pisang utk dijual...
ya allah, sesungguhnya aku amat terkilan dgn pemergian mama...
Kau tempatkanlah mama ditempat orang2 yang solehah...
semoga mama tenang disana...

kck terfikirkan anak mama yang semuanya masih belajar tu...
sapa yg akan jaga depa.. mcm mana keadaan depa sekarang...
kck takkan lupa mama, sekali pun tidak.. mama duduk baikbaik yer kat sana.
semoga mama jumpa ayah azman kat sana, insyaAllah. ameen..

AL-FATIHAH...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...