WE ARE TOGETHER

Daisypath Anniversary tickers

Faithful Followers

Friday, July 1, 2011

Apabila Mahasiswa Bersuara !

pagi semalam aku jalan jalan kl dgn family, then ramai pulak org disana sini, bukan seperti biasa. rupanya ada ramai mahasiswa yg sedang bergerak maju membantah perhimpunan "BERSIH 2.0" yang bakal diadakan pada 9 july nanti. 

( like this page if you prefer to like it )


PERLUKAH "BERSIH 2.0" ?
  • Motif utama untuk diadakan demonstrasi haram BERSIH 2.0 adalah sama sekali tidak berasas iaitu mahu memperbetulkan sistem pilihanraya negara yang kononnya dikatakan tidak bersih dan tidak telus.

FAKTA !
  • ketelusan SPR 
PILIHANRAYA KE - 11 ( 2004-2008 ) KELANTAN
  • Kedudukan kerusi DUN Kelantan, 24 PAS - 23 BN dengan kelebihan 1 kerusi iaitu DUN Kemuning, PAS telah memerintah negeri Kelantan dengan hanya majoriti sebanyak 2 undi sahaja di DUN tersebut. Sekiranya tiada ketelusan di dalam proses pengundian, sudah pasti BN akan memanipulasi keputusan itu sekali gus memerintah negeri Kelantan. HAKIKATNYA, perkara tersebut tidak berlaku.
PILIHANRAYA KE-12 ( 2008 )
  • Pembangkang memenangi 5 negeri sebelum Perak bertukar kerajaan kerana YB Pakatan Rakyat keluar parti menjadi YB bebas. Jika sistem pilihanraya negara tidak bersih, bubarkan sahaja kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Kenapa perlu mentadbir JIKA :
NASIB PEMANDU TEKSI DAN PENIAGA KECIL TERJEJAS
  • kasihanilah nasib 21000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang yang pastinya pendapatan mereka terjejas teruk kerana kesesakan lalu lintas akibat demonstrasi haram.
TERKINI : PILIHANRAYA DUN SARAWAK 2011
  • menyaksikan pertambahan kerusi yang dimenangi oleh pembangkang termasuk bebas iaitu dari 8 kerusi DUN 2006 bertambah kepada 16 kerusi pada Pilihanraya Sarawak 201. Tindakan ini menunjukkan ketelusan SPR atas kemenangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat.
BERSIH : MENGGUGAT EKONOMI NEGARA
  • Negara yang huru-hara kerana demonstrasi jalanan akan menyebabkan hilangnya keyakinan pelabur asing untuk melabur dan akhirnya mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi negara seperti mana yang jelas berlaku di Indonesia dan Thailand. Tidak mustahil ia akan terjadi sekiranya perkara sama berlaku di negara ini.
  • renungkan pula nasib peniaga kecil yang terpaksa menutup perniagaan demi mengelakkan tempias kekecohan akibat demonstrasi aharam BERSIH.

WAJARKAH INI BERLAKU ?

KESENGSARAAN KEPADA RAKYAT.

kerakusan ingin mendapatkan kuasa menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah dengan melakukan demonstrasi haram. Perhimpunan yang bertukar GANAS menyebabkan ramai anggota keselamatan yang bertugas mengalami kecederaan. Adakah budaya samseng ini perlu kita terima ? Selain itu, perhimpunan haram juga mengakibatkan kerosakan banyak harta benda dan kemudahan awam. Hal ini, menyebabkan kos kerugian yang tinggi terpaksa ditanggung hanya semata-mata untuk memperbaiki kemudahan awam yang telah dirosakkan.


SUMBER : Risalah Suara Keamanan Mahasiswa ( SKM )

1 comment:

  1. Tahniah dan terima kasih kerana sudi untuk berjuang untuk negara.. Mahasiswa & rakyat Malaysia sayangkan negara.. Aman Malaysia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...