WE ARE TOGETHER

Daisypath Anniversary tickers

Faithful Followers

Thursday, June 23, 2011

Terima Kasih Bang Pit.

Assalamualaikum readers. Maaflah dah lama tak mencoretkan apa apa kat sini. dah hampir sebulan kan. cuti ni busy dgn part time je. semuanya gara-gara kptm tercinta. TERIMA KASIH LAH. serious dah tak terkomen dan tak termengutuk kptm lagi. penat je menghamun kolej tu tp takde apa2 perubahan pun, so kena lah redha je. tempat aku menuntut ilmu gak kan, bukan tmpat buat perkara haram. cuti ni pun mcm2 jugak yang dah jadi, segalanya menyakitkan hati je, sabar sabar sabar sabar lah yang aku tau. tu je aku tau. so TERIMA KASIH LAGI. tapi selagi aku mampu untuk terus bersabar hidup kau tak kan susah yer, usah risau :)

okay. berbalik kpd title entry aku malam ni, sebenarnya hari ni ada pasar malam kat tempat aku, setiap khamis. best wooo. makanan banyak. yang PENTING tu MAKANAN yer kawan-kawan. yang lain tolak tepi. hari ni pegi pasar malam dgn adik kesayangan. MUHAMMAD SYAFIQ. nak tgk gambar? tapi tak boleh lah, dia pemalu lah, tak suka aku publish gambar dia kat mana-mana. facebook dia pun dia tak bubuh gambar. aku pnggil bang pit. muka comel plus hensem lah jugak. ramai peminat. tapi sorang pun dia tak layan. tak suka cintan-cintan ni. tu yang aku tabik spring ngn dia nih. 

kat pasar malam tadi semua bang pit belanja. BEST BEST! TERIMA KASIH BANG PIT! semua makanan best. sebabnya bang pit kata minggu ni last aku pi pasar malam. huhu. sedih woo. minggu depan dah nak blik kl. perjuangan harus dan wajib diteruskan. nak balas jasa mama ayah. :")

BANG PIT, KCIK SAYANG HANG SANGAT SANGAT!

tiba-tiba teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. masa zaman budak-budak mentah dulu, aku ngn bang pit rapat sangat. jarang bergaduh. tapi kalau bergaduh sangat teruk, sbb GANAZ. dua-dua sama ja. yang paling segar kat ingatan aku masa kt rumah maktok, kami bergaduh pasai apa taktau. dia baling bantal kat aku, then aku baling kerusi kat dia, hampir terkena mata dia. sampai bengkak bom dahi dia. time tu maktok aku sampai qeyau tgk kami gaduh smpai mcm tu. tu la last kami gaduh teruk, sampai sekarang tak de dah gaduh mcm tu. sekarang sangat amat terlalu rapat. bnyak yg dia tak kongsi ngn mama, dia akan kongsi ngn aku. baran dia pelik sikit, mcm bom jangka. tapi hati cute maaa. hehe..

okaylah, nanti ada masa aku tulis apa2 lagi yer, take care :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...