WE ARE TOGETHER

Daisypath Anniversary tickers

Faithful Followers

Thursday, April 21, 2011

pemergian yang mengejutkan

al fatihah buat allahyarham Tuan Haji Othman Bin Haji Hamid.. terima kasih krna pernah mendidik anakanda mu ini menjadi insan yg berdisiplin.. anak tak kan pernah lupa mcm mana ayahanda nasihat anak sebelum anak smbung belajar kat sini... anak jugak tak pernah lupa mcm mana ayahanda rotan anak utk jadikan anak insan yg berdisiplin...

anak jugak tak kan lupa segala nasihat dan kata2 semangat ayahanda sepanjang anak mengharungi perjuangan sebagai seorang pelajar yg sentiasa mendapat tohmahan dlm usaha anak menegakkan kebenaran dahulu...

ayahanda, anak ingat lagi bila ayahanda selalu cerita kat anak dan ckgu zaidi pasal anak masa kecil2 dulu... ayahanda selalu mengusik anak sebab ayahanda selalu dukung anak tak berbaju masa anak masih bayi yg pernah kencing dalam pelukan ayahanda... ayahanda tau tak masa ayahanda cerita tu anak malu sangat2, lepas tu ckgu zaidi selalu mngusik pasal tu jugak... tapi anak tak kisah pun, anak tak sangka yg anak dan adik beradik lain membesar di depan mata ayahanda... anak bersyukur sangat2...

anak suka sangat dengar ayahanda cerita pasal pengalaman hidup ayahanda smpai kadang2 anak yg mendengar pun menangis... anak nak jadi mcm ayahanda... sentiasa kuat dan tabah walaupun pelbagai dugaan datang... tapi anak tak kuat ayahanda.... anak tetap akan berusaha utk menjadi seperti ayahanda... anak berjanji pada diri anak yg anak akan teruskan perjuangan ayahanda demi anak bangsa...

ayahanda tau tak, anak taktau langsung ayahanda dah berhari koma dan di icu... anak cuma tau yg anak kehilangan ayahanda tadi, ayahanda... sebelum anak nak present grammar... mcm nak terjatuh terduduk je masa tau tu... tp anak cuba kuat dan sentiasa senyum dan sembunyikan air mata ni sepanjang presentation... anak tak sangka ayahanda dah tinggalkan segalanya... anak doakan ayahanda ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh... ameen...

anak minta maaf tak sempat nk jumpa ayahanda... anak minta maaf sangat2... anak juga doakan ayahanda bahagia dan tenang disana... anak sayang dan rindukan ayahanda sangat3 :"(

ALFATIHAH
allahyarham Tn. Hj. Othman b. Hj Hamid
dalam kenangan














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...