WE ARE TOGETHER

Daisypath Anniversary tickers

Faithful Followers

Thursday, February 24, 2011

Cium Tangan dan Bongkokkan Badan? ? ?

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca yg rajin membaca...
kali ni sy nak kongsikan sesuatu yg menarik dgn kalian...
pasti kalian tertanya-tanya ttg tajuk entry sy kan?
cium tangan dan bongkokkan badan ? ? ?
persoalan yg sebenarnya ialah benarkah mencium tangan orang dan membongkokkan badan bukanlah syariat Islam tetapi ajaran kaum feodalis ? ? ? benarkah kenyataan ini ? ? ?
jadi, marilah kita sama-sama singkap sejauh manakah kebenaran kenyataan ini...

masalah mencium tangan :

Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani mengatakan,
“Tentang cium tangan dalam hal ini terdapat banyak hadis dan riwayat dari salaf yang secara keseluruhan menunjukkan bahawa hadis tersebut sahih dari Nabi. Oleh kerana itu, kami berpandangan bolehnya mencium tangan seorang ulama (baca:ustaz atau kiai) jika memenuhi beberapa syarat berikut ini.
1. Cium tangan tersebut tidaklah dijadikan sebagai kebiasaan. Sehingga kiai terbiasa menghulurkan tangannya kepada murid-muridnya. Begitu pula murid terbiasa mencium tangan gurunya. Hal ini disebabkan Nabi sendiri jarang tangan beliau dicium oleh para sahabat. Jika sedemikian,  tidak boleh menjadikannya sebagai kebiasaan yang dilakukan terus menerus sebagaimana kita ketahui dalam pembahasan kaedah-kaedah fiqh.
2. Cium tangan tersebut tidaklah menyebabkan ulama tersebut merasa sombong dan lebih baik dari pada yang lain serta menganggap dirinyalah yang paling hebat.
3. Cium tangan tersebut tidak menyebabkan hilangnya sunnah Nabi yang sudah diketahui jabat tangan. Jabat tangan adalah suatu amal yang dianjurkan berdasarkan perbuatan dan sabda Nabi. Oleh kerana itu, tidaklah dibolehkan menghilangkan sunnah jabat tangan kerana mengejar suatu amalan yang status maksimanya adalah amalan yang dibolehkan.
4. Ulama yang dicium tangannya tersebut adalah ulama ahli sunnah bukan ulama pembela amalan-amalan bid’ah.

membongkokkan badan sbg penghormatan :

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِى بَعْضُنَا لِبَعْضٍ قَالَ « لاَ ». قُلْنَا أَيُعَانِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا قَالَ لاَ وَلَكِنْ تَصَافَحُوا
Dari Anas bin Malik, Kami bertanya kepada Nabi, “Wahai Rasulullah, apakah sebagian kami boleh membongkokkan badan kepada orang yang dia temui?”. Rasulullah bersabda, “Tidak boleh”. Kami bertanya lagi, “Apakah kami boleh berpelukan jika saling bertemu?”. Nabi bersabda, “Tidak boleh. Yang benar hendaknya kalian saling berjabat tangan” (HR Ibnu Majah no 3702 dan dinilai hasan oleh al Albani).

Dari huraian di atas semoga boleh difahami dan dibezakan antara amalan yang dibolehkan oleh syariat Islam dan yang tidak dibolehkan.

Sumber : Blog Ustaz Aris Munandar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...