WE ARE TOGETHER

Daisypath Anniversary tickers

Faithful Followers

Sunday, January 22, 2012

cuti yang sangat membosankan.
=..="
"ingatkan dah 2* tahun makin matang rupanya tidak"

kata-kata seorang teman yang menyedarkan aku dari satu kesilapan.
ayatnya mungkin agak sedikit kasar, tetapi cukup menyedarkan.
terima kasih sahabat.

Tuesday, January 3, 2012

malas nak post entry baru even dah taip panjang lebaq =..="

Saturday, December 31, 2011

Helaian yang Baru

Assalamua'laikum warahmatullahiwabarakatuh...

Kurang daripada 24 jam, masa akan berubah ke tahun yang baru. Tahun 2012 bakal memberikan lebih banyak kenangan dan kejayaan yang kita sendiri tidak tahu apakah ia. Hanya Allah yang maha mengetahui. Manakala tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya yang penuh dengan suka mahupun duka, kenangan yang mampu melakarkan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan sebagai pengajaran dalam hidup kita untuk melangkah dengan lebih maju dan berdaya saing untuk mengecap kebahagiaan.

2011 pastinya berlalu pergi bersama deruan ombak yang menghempas pantai.
2012 bakal mengorak langkah yang lebih maju ke hadapan..


Setiap kali tibanya tahun baru pasti semua orang sibuk memasang azam yang baru. Pastinya azam untuk menggapai kejayaan yang boleh menggembirakan dan membanggakan semua yang terdekat dengan kita. Tapi tidak aku. Azam aku bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan cukup sekadar aku ja yang tau, langkah yang bermula pastinya akan berakhir dengan kejayaan. Mana mungkin segala usaha dipadamkan hanya kerana kesilapan lampau. Kejayaan pasti menjadi milik aku. Insyaallah.

Di tahun 2012, maka menginjaklah umur aku ke satu tahap lagi. Di angka yang semakin besar. Semakin bertambah. Ya, tahun 2012 umur aku ialah 20 tahun. Bukanlah satu angka yang sedikit tp cukup untuk merisaukan. Merisaukan?? Yup, sudah semestinya. Lebih banyak tanggungjawab yang harus dipikul dan digalas untuk merealisasikan impian aku dan semua orang. Umur yang sedang menginjak ini pastinya lebih mematangkan aku. Sudah pasti kenangan hidup aku dimuka bumi Allah ini akan aku sematkan di dalam diri sebagai pengajaran untuk aku melangkah dengan yakin. Bohonglah jika aku katakan aku langsung tidak menyesali apa yang telah aku sia-siakan. Namun itu bukan bermakna aku akan terus menyesali dan meratapi apa yang telah disesali. Semuanya bakal berubah. Berubah menjadi lebih baik. Insyaallah.

Kekuatan yang ada di dalam diri ini tak mungkin akan aku persiakan. Ejekan dan tohmahan orang disekeliling akan aku pegang sebagai bara api yang sedang membakar semangat aku untuk terus berjaya. Insyaallah. Di lembaran baru ini juga, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap yang pernah aku lakukan secara disengajakan mahupun tidak disengajakan. Aku maafkan segala salah dan silap semua orang. Mana mampu aku menyimpan dendam pada semua yang bersalah itu dengan terlalu lama. Semoga kalian mengecapi kejayaan yang diinginkan. Aminnn.


pdans : Menulis dengan penuh penghayatan. :)

Monday, December 19, 2011

Sekeping Hati.

Syukur aku masih mempunyai kawan. Alhamdulillah. Moga Allah berikan sejuta kekuatan dan ketabahan dalam hidup mereka untuk mereka terus mengecap kejayaan. Ikhlas bukan untuk diucapkan. Aku tetapkan hanya satu niat. "Menolong mereka yang kesusahan kerana Allah". Bukan balasan atau ganjaran yang diharapkan. Hanya keranaMu Ya Allah.

pdans : Mencari sinar yang hakiki.  Mencari kekuatan diri. Moga dipermudahkan segala urusan ke jalanMu Ya Allah. aminn.

Tuesday, December 6, 2011

Keliru

ops, dah berhabuk dan bersawang rupanya blog aku ni...
sorry my dear blog, im too busy to manage you. hehe.. :)

sebenarnya aku nak bgtau yg result sem lepas baru je keluar..
and alhamdulillah, walaupun tak membanggakan tp takde yang kena repeat...
alhamdulillah..
sem lepas mmg susah. seriously !
dengan mcm2 cabaran muncul, baik lecturer tu sendiri mahupun subject tu sendiri..
apa2 pun, aku bersyukur sgt sbb aku dah usaha sebaik mungkin..
dah struggle smpai tak tidoq and mcm2 lg..

now ni aku tgh keliru sbb aku tak sure dgn result aku tu..
tak sure mcm mana?? 
tak sure dari segi kiraan, haha....
yg ni baru pre endorsed result, tgk result and kira sendiri..
budak bahasa mana cekap number2 ni..
tu yang aku keliru sgt dgn result aku ni..
okay, adios. nak lunch.


pdans : sebenarnya tak boleh terima kenyataan, acah acah keliru pulak. haha :D

Thursday, December 1, 2011

Percutian Penghujung November :)


















pdans: really enjoy our picnic :)

Sunday, November 13, 2011

Berhenti Sekejap bukan Selamanya

Menulis tak pernah lupus atau hilang dari kotak fikiran.
Berhenti menulis sekejap kerana lebih fokus kepada pelajaran.
Sejujurnya, terlalu banyak yang ingin dikongsikan dengan ruangan ini.
Mana mungkin ruangan yang diwujudkan lebih dari setahun ini dilupakan begitu sahaja.
Terlalu banyak suka dan duka yang telah dikongsikan disini.
Masih dan akan meneruskan penulisan di blog tercinta.
Tetapi jika mempunyai masa yang terluang dan tidak menghadapi sebarang kekangan.



pdans : dalam proses memartabatkan bahasa melayu walaupun dalam bidang bahasa inggeris sepenuhnya.
** keluarga menjadi keutamaan untuk saat ini. :")

Friday, November 11, 2011

Mari Mempromosikan !

Kemunculan secara tiba-tiba di blog tersayang dah buat rindu ni terlepas !
yeay !
sorry blog, i'm too busy with everything to be settle before the end of my semester !
unbelievable that there is one more paper to go.
french II paper :)
hopefully I can do it very well, insyaAllah :)
 okay, then i'm done. full stop. bye-bye semester three :)


LETS PROMOTE THIS TO THE WORLD !

just click the link below to see it. something marvellous !

Sunday, October 16, 2011

Tangan sama berbeza jari











pdans : buat kerja dengan tidak berhati hati :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...